Thursday, October 29, 2009

APA ITU SUAMI?

Sudah terlalu lama tidak berbual dgn siapa2..kadang2 hidup pun ada masa untuk diri sendiri dimana aku rasa aku tidak punya hidup sendiri pun..hidup aku adalah anak2 aku dan suamiku.. apalah sangat yang ada dalam hidup aku sendiri yang hendak dikongsi pun.. apa yang ada pada suamiku itula ada dalam hidup aku.

Bercakap tentang suami..terlalu banyak kisah yang patut diteladani dan dijadikan pengajaran supaya tanggungjawap itu tidak dianggap sekadar melepas batuk di tangga dan dipandang remeh oleh sebilangan manusia yang bernama suami. Kebanyakkan lelaki memandang perkataan suami itu hanya pada luaran dan pada asasnya sahaja.Mereka tidak berfikir sedalam dan sejauh mana mereka harus melaksanakan tanggungjawap itu dari memberi nafkah zahir dan batin , memberi perlindungan, memberi keperluan yang asas dan ada banyak lagi tanggungjawap itu ..kalau tidak masakan dalam agama Islam kita sendiri banyak menekankan soal tanggungjawap seorang suami.

Sesetengah mereka meletakkan hubungan intim atau seks adalah perkara utama untuk kebahagian suami isteri tanpa mengambil kira adakah mereka benar2 menunjukkan kasihsayang mereka melalui perbuatan tersebut ataupun sekadar melepaskan nafsu semata-mata?

Sesetengah mereka pula melihat akan sempurna tanggungjawapnya bila dia sudah memberi segala kebendaan kepada si isteri ..rumah, kereta, intan, berlian, org gaji, apalagi?? sebut sahaja pasti ada.. dan si suami terus merasakan tidak ada apa lagi yang patut diberi pada si isteri..sudah cukup..dia memandang dia mencari duit untuk memberi keselesaan itu dengan masanya hanya ditumpu pada perkara untuk mencari duit semata-mata tanpa berfikir setengah dari masanya itu berhak diberikan kepada si isteri dan anak2 nya jugak. Tapi itu tidak penting buat si suami.. yang penting duit masuk...

Sesetengah suami menganggap dirinya adalah ketua keluarga dimana apa sahaja benda yang dia lakukan si isteri tidak ada hak untuk masok campur dan tidak ada hak untuk berasa marah walaupun perkara yang dilakukan tidak langsung mencerminkan dirinya sebagai seorang khalifah / ketua dalam keluarga..Perbuatannya seperti seorang budak remaja yang baru kenal apa itu hidup dan keseronokan ..tidak puas.. zaman bujang masih tidak tanggal lagi dalam hidup. Kawan-kawan seangkatan sangat-sangat dihargai dan diagung-agung seolah selama dia hidup sebagai manusia cuma kawan-kawan sahaja yang ada disisi menemani dia di kala susah dan duka..dan bila si isteri mengamuk, si suami pula hanya tahu berdiam diri dan buat seolah tidak ada apa-apa pun yang salah yang dia lakukan..dia hanya mahu berseronok dan alasan untuk melupakan stress kerana kerja tanpa akalnya berfikir adakah dengan perbuatannya itu dia boleh menghilangkan masalah stress itu dan menyelesaikan segala kekusutan yang ada di dalam kepala otaknya. Masalah tetap ada jugak dan dia tambah lagi dengan masalah di dalam rumahtangga dia sendiri. Lepas itu terlalu angkuh untuk melihat perbuatannya itu sesuatu yang besar dan salah dan tidak boleh diulang lagi.. Tidak untuk suami.. Baginya itu perkara biasa ..Bila si isteri marah dan mengamuk, pujuk ala kadar, bawak keluar jalan-jalan, makan angin, buatkan air.. nanti redala sendiri marah si isteri..esok lusa bila si isteri dah tenang, si suami akan buat lagi perkara yang menyakitkan hati dan begitula berulang-ulang seperti satu cerita yang tidak pernah ada habisnya. Si suami tidak berfikir si isteri pun manusia yang ada perasaan yang terlalu rapuh ..sekali di sakiti, dua kali ditipu , tiga kali dihancurkan harapan ..masih ada kesabarannya lagi..tapi kalau sudah berpuluh-puluh kali ..hati seorang perempuan mana yang tahan.. ? Jadi mana hujungnya? Adakah dengan perceraian baru dapat menyelesaikan masalah atau hendak menunggu si suami berasa penyesalan yang amat sangat dan lebih matang untuk fikir tanggungjawapnya sebagai seorang suami...

Si isteri yang sedang mengamuk pulak akan mengeluarkan kata-kata kesat dan yang tidak patut diluahkan kepada si suami. Tetapi kerana sudak tidak tahan asyik ditipu, dipinggir dan diperbodohkan oleh si suami maka itu menjadikannya seorang yang berdosa walaupun itu bukan cita-citanya bila dia diambil oleh si suami tadi menjadi isteri.. Kerana sikap suami yang menjadikannya seperti itu.. Adakah si suami merasa puas dan bahagia kerana menjadikan isterinya dikalangan orang yang berdosa? Hanya si suami itu sendiri yang dapat menjawap dengan perbuatannya. Bila dia x ambil peduli dan membiarkan keadaan terus begitu maka dia bahagia melakukan perkara yang menyakitkan hati si isteri dan menjadikan isterinya orang yang berdosa.

Dimanakah nilai seorang isteri kepada seorang suami seperti itu? Adakah bila si suami mengambil seorang perempuan yang dia kata "Cinta", "Kasih", "Sayang" "Rindu" itu sebagai isteri, adakah dia memandang perempuan itu hanya satu benda yang boleh memasak, mengemas, beranak, menjaga anak, menolongnya menyelesaikan masalah, menemani dirinya semasa dia sedih, memberi perhatian dan ubat untuk nya ketika dia sakit dan berada di katilnya bila dia berkehendakkan?... Adakah perkara itu sahaja yang dia pandang kepada seorang isteri? Tapi bila dia berada di luar, ingatannya pada si isteri itu hampir tiada atau tiada langsung..Yang tergiang-giang di dalam kepala nya hanya kawan-kawan yang menunggu untuk berseronok dan menghilangkan stress. Sedangkan di rumah si isteri memasak makanan yang si suami teringin sangat nak makan, dan tak sabar untuk menunggu si suami balik untuk memberi pendapat tentang masakannya. dan bukan setakat itu ..semenjak bergelar isteri, si isteri berkorban apa sahaja yang ada pada dirinya untuk si suami..tapi apakah pengorbanan itu dihargai?. Bukan sahaja tidak ada membuat panggilan pada si isteri malah memang terlalu jarang menalifon si isteri kecuali jika ada apa-apa masalah berkenaan kerja dan kawan-kawannya , malah si suami balik lewat dan masih sempat untuk lepak bersama kawan-kawan dalam keadaan penat balik bekerja untuk hilangkan stress..bila balik ke rumah , muka penat itu lah yang di bawak dan ditunjukkan kepada si isteri yang berasa tertipu, disakiti dan dipinggirkan dan cuma diperhambakan oleh si suami..

Apakah yang kita dapat dari cerita tersebut? Adakah patut kita samakan sikap si suami itu seperti seekor binatang yang tidak punya perasaan pun pada pasangannya tapi akan mengejar bila hendak mengawan?.

Terlalu banyak lagi kisah suami isteri di dalam dunia sekarang ini yang berakhir dengan perceraian..Adakah itu fokus yang utama dalam perkahwinan. Berkahwin hanya untuk bercerai? Adakah si suami atau si isteri yang patut dipersalahkan..Sama-samalah kita renungkan.

No comments:

Post a Comment