Thursday, October 29, 2009

APA ITU SUAMI?

Sudah terlalu lama tidak berbual dgn siapa2..kadang2 hidup pun ada masa untuk diri sendiri dimana aku rasa aku tidak punya hidup sendiri pun..hidup aku adalah anak2 aku dan suamiku.. apalah sangat yang ada dalam hidup aku sendiri yang hendak dikongsi pun.. apa yang ada pada suamiku itula ada dalam hidup aku.

Bercakap tentang suami..terlalu banyak kisah yang patut diteladani dan dijadikan pengajaran supaya tanggungjawap itu tidak dianggap sekadar melepas batuk di tangga dan dipandang remeh oleh sebilangan manusia yang bernama suami. Kebanyakkan lelaki memandang perkataan suami itu hanya pada luaran dan pada asasnya sahaja.Mereka tidak berfikir sedalam dan sejauh mana mereka harus melaksanakan tanggungjawap itu dari memberi nafkah zahir dan batin , memberi perlindungan, memberi keperluan yang asas dan ada banyak lagi tanggungjawap itu ..kalau tidak masakan dalam agama Islam kita sendiri banyak menekankan soal tanggungjawap seorang suami.

Sesetengah mereka meletakkan hubungan intim atau seks adalah perkara utama untuk kebahagian suami isteri tanpa mengambil kira adakah mereka benar2 menunjukkan kasihsayang mereka melalui perbuatan tersebut ataupun sekadar melepaskan nafsu semata-mata?

Sesetengah mereka pula melihat akan sempurna tanggungjawapnya bila dia sudah memberi segala kebendaan kepada si isteri ..rumah, kereta, intan, berlian, org gaji, apalagi?? sebut sahaja pasti ada.. dan si suami terus merasakan tidak ada apa lagi yang patut diberi pada si isteri..sudah cukup..dia memandang dia mencari duit untuk memberi keselesaan itu dengan masanya hanya ditumpu pada perkara untuk mencari duit semata-mata tanpa berfikir setengah dari masanya itu berhak diberikan kepada si isteri dan anak2 nya jugak. Tapi itu tidak penting buat si suami.. yang penting duit masuk...

Sesetengah suami menganggap dirinya adalah ketua keluarga dimana apa sahaja benda yang dia lakukan si isteri tidak ada hak untuk masok campur dan tidak ada hak untuk berasa marah walaupun perkara yang dilakukan tidak langsung mencerminkan dirinya sebagai seorang khalifah / ketua dalam keluarga..Perbuatannya seperti seorang budak remaja yang baru kenal apa itu hidup dan keseronokan ..tidak puas.. zaman bujang masih tidak tanggal lagi dalam hidup. Kawan-kawan seangkatan sangat-sangat dihargai dan diagung-agung seolah selama dia hidup sebagai manusia cuma kawan-kawan sahaja yang ada disisi menemani dia di kala susah dan duka..dan bila si isteri mengamuk, si suami pula hanya tahu berdiam diri dan buat seolah tidak ada apa-apa pun yang salah yang dia lakukan..dia hanya mahu berseronok dan alasan untuk melupakan stress kerana kerja tanpa akalnya berfikir adakah dengan perbuatannya itu dia boleh menghilangkan masalah stress itu dan menyelesaikan segala kekusutan yang ada di dalam kepala otaknya. Masalah tetap ada jugak dan dia tambah lagi dengan masalah di dalam rumahtangga dia sendiri. Lepas itu terlalu angkuh untuk melihat perbuatannya itu sesuatu yang besar dan salah dan tidak boleh diulang lagi.. Tidak untuk suami.. Baginya itu perkara biasa ..Bila si isteri marah dan mengamuk, pujuk ala kadar, bawak keluar jalan-jalan, makan angin, buatkan air.. nanti redala sendiri marah si isteri..esok lusa bila si isteri dah tenang, si suami akan buat lagi perkara yang menyakitkan hati dan begitula berulang-ulang seperti satu cerita yang tidak pernah ada habisnya. Si suami tidak berfikir si isteri pun manusia yang ada perasaan yang terlalu rapuh ..sekali di sakiti, dua kali ditipu , tiga kali dihancurkan harapan ..masih ada kesabarannya lagi..tapi kalau sudah berpuluh-puluh kali ..hati seorang perempuan mana yang tahan.. ? Jadi mana hujungnya? Adakah dengan perceraian baru dapat menyelesaikan masalah atau hendak menunggu si suami berasa penyesalan yang amat sangat dan lebih matang untuk fikir tanggungjawapnya sebagai seorang suami...

Si isteri yang sedang mengamuk pulak akan mengeluarkan kata-kata kesat dan yang tidak patut diluahkan kepada si suami. Tetapi kerana sudak tidak tahan asyik ditipu, dipinggir dan diperbodohkan oleh si suami maka itu menjadikannya seorang yang berdosa walaupun itu bukan cita-citanya bila dia diambil oleh si suami tadi menjadi isteri.. Kerana sikap suami yang menjadikannya seperti itu.. Adakah si suami merasa puas dan bahagia kerana menjadikan isterinya dikalangan orang yang berdosa? Hanya si suami itu sendiri yang dapat menjawap dengan perbuatannya. Bila dia x ambil peduli dan membiarkan keadaan terus begitu maka dia bahagia melakukan perkara yang menyakitkan hati si isteri dan menjadikan isterinya orang yang berdosa.

Dimanakah nilai seorang isteri kepada seorang suami seperti itu? Adakah bila si suami mengambil seorang perempuan yang dia kata "Cinta", "Kasih", "Sayang" "Rindu" itu sebagai isteri, adakah dia memandang perempuan itu hanya satu benda yang boleh memasak, mengemas, beranak, menjaga anak, menolongnya menyelesaikan masalah, menemani dirinya semasa dia sedih, memberi perhatian dan ubat untuk nya ketika dia sakit dan berada di katilnya bila dia berkehendakkan?... Adakah perkara itu sahaja yang dia pandang kepada seorang isteri? Tapi bila dia berada di luar, ingatannya pada si isteri itu hampir tiada atau tiada langsung..Yang tergiang-giang di dalam kepala nya hanya kawan-kawan yang menunggu untuk berseronok dan menghilangkan stress. Sedangkan di rumah si isteri memasak makanan yang si suami teringin sangat nak makan, dan tak sabar untuk menunggu si suami balik untuk memberi pendapat tentang masakannya. dan bukan setakat itu ..semenjak bergelar isteri, si isteri berkorban apa sahaja yang ada pada dirinya untuk si suami..tapi apakah pengorbanan itu dihargai?. Bukan sahaja tidak ada membuat panggilan pada si isteri malah memang terlalu jarang menalifon si isteri kecuali jika ada apa-apa masalah berkenaan kerja dan kawan-kawannya , malah si suami balik lewat dan masih sempat untuk lepak bersama kawan-kawan dalam keadaan penat balik bekerja untuk hilangkan stress..bila balik ke rumah , muka penat itu lah yang di bawak dan ditunjukkan kepada si isteri yang berasa tertipu, disakiti dan dipinggirkan dan cuma diperhambakan oleh si suami..

Apakah yang kita dapat dari cerita tersebut? Adakah patut kita samakan sikap si suami itu seperti seekor binatang yang tidak punya perasaan pun pada pasangannya tapi akan mengejar bila hendak mengawan?.

Terlalu banyak lagi kisah suami isteri di dalam dunia sekarang ini yang berakhir dengan perceraian..Adakah itu fokus yang utama dalam perkahwinan. Berkahwin hanya untuk bercerai? Adakah si suami atau si isteri yang patut dipersalahkan..Sama-samalah kita renungkan.

Thursday, July 9, 2009

HOME SWEET HOME

ALHAMDULILLAH..SYUKUR KEPADA ALLAH SWT ATAS REZEKI DAN REDHANYA.......setelah sekian lamak....satu impian menjadi kenyataan..thanks to my dad and my hubby's family...they made it happens...and also to my EPF....hahahaha...tanggal 9/6/09, me n my hubby tido di rumah baru.....walaupun dgn brg2 belom byk yang diangkat dari rumah lamak....all the new furnitures dah masok...yesterday sampe pukul 1 pagi cuci rumah ....bukan apa bekejar maok pindah...dalam keadaan brg2 belom di kemas di rumah lamak ya..rasa penat mencuci dan mengangkat barang2 hanya Allah jak tauk....my mom-in law berada di kl for school holidays ajak..so on sunday nya dah balit dah...kenaklah molah house-warming on saturday...so terpaksa la bekejar juak pindah.... well...i've bought a ticket for my mom n dad datang but sidak x sempat datang masa makan doa selamat...sidak datang 5 days after... rindu ngan mak ngan abah iboh kata.... rasa sedih..mak ngan abah dah x larat lagik maok jalan jauh...i want them to be with me here to share my happiness ...at least..though i used to be rotten banana in the family for one big mistakes in my life but i am trying to be a better person every each day to tebus balik all my mistakes to them....with this achievement maybe not enough but still i have my own home sweet home untuk hidup for the rest of my life, one responsibility harus ditanggung for my children....like them to me....give me roof and foods and loves....

on 13th of June, with families (mine n my hubby's), my old neighbours, our closest friends yg dpt meluangkan masa untuk datang ke majlis doa selamat duduk rumah baru...segala berjalan dgn lancar except for nasi minyak which my elder sister masak dtg lambat dari tetamu..hahahhaha..ngelabah juak..i think this is the 2nd time me n my hubby molah makan doa selamat di rumah but the first time jumlah jemputan xlah rame dari tok..this time my sisters ambik part masak...well...my elder sister masak nasi minyak, ayam masak merah, laksa sarawak, mee kari and dalca daging, my sister sorang lagik polah acar mentimun and my youngest sister polah bubur beras merah...me?...hmmmmm x expert masak...hehehehehe...on house cleaning just give to me... hehehehehe..all the guests puas hati makan n i'm happy for that.

after the kenduri....keletihan but puas hati n happy dah officially duduk rumah idaman....but still the next day time to kemas all barang2 lagik which is masih belum di letakkan ke tempat yang sepatutnya...kemas guest room for my mom n dad kat debah sebab sidak duak x larat nait tangga.... my parents ada di rumah from 18th to 29th June, my dad n mom happy ...Alhamdulillah..... wish they could be here always.... with me in my Home Sweet Home.....

Wednesday, April 1, 2009

LONG LOST FRIEND

dah lama jugak x bercerita...mood tgh x berapa baik...rasanya stress melebihi sense...so semalam ambik keputusan anta msg kepada sorang kwn yang satu ketika dulu adalah bestfriend masa study kat uia. we met there..lepas tu x jumpa..bila nak masuk itm..dpt contact balik...then..dlm tahun 1996 rasanye paling last jumpa die...Dengan kuasa Allah..aku terjumpa dia balik melalui facebook..die busy..aku pun busy..so kalau merancang awal2 mesti x jadik nak jumpa..so yesterday..aku set nak jumpa die..dpt gak release tension aku sikit...so set jumpa kat the curve Royal Bintang Terrace. tempat gempak..well..it's not really my taste..but still..i am flexible..setelah 12 tahun x jumpa..akhirnya..aku nampak dia..tetap mcm dulu.cuma nampak a little bit letih..so do i. dah tua..dia bawak anak die sekali..aku kalau bwk anak..rasanya x cukup masa aku nak berbual dgn dia pun..so aku datang sorang..

macam2 cerita yang dibualkan..dari apa yang berlaku dulu dan sekarang...i was happy but sedikit sebanyak aku sedih..bila bercerita tentang rumahtangga...mcm 2 perkara yang suka dan duka ditempuhi oleh setiap pasangan..cuma kdg2 aku berharap setiap pasangan mempunyai usaha untuk memahami perasaan masing2..jgn sorang suruh org faham tp die sendiri x usaha pun nak faham perasaan org tu...selalunya ini adalah satu punca besar bila pasangan bergadoh..last2 cerai dgn alasan x ade persefahaman..adakah kita mahu tergolong dlm golongan yang meruntuhkan masjid... seboleh2nya aku tidak mahu..setiap masalah kena ada caranya..tapi kedua2 kena usaha..jgn cuma berharap sebelah pihak sahaja..buang apa yang x disuka pasangan masing2 dan carila perkara yang pasangan suka..tp selalunya golongan lelaki tidak sensitif dengan perasaan perempuan....mungkin ada 10 dlm sejuta.

kwn aku ni byk sangat teorinya sendiri..seperti aku...tp kdg2 ada jugak benda yang boleh dipakai dan ada yang aku x boleh terima. tapi ..tetap bila aku dan dia bercakap....satu tajuk akan jadi satu perdebatan...tp x pernah gadoh...cuma masing2 ada sikap sendiri...ntahla...aku x reti untuk menghuraikan apa yang ada dlm benak aku sekarang ni... anaknya lebih kurang sebaya dgn adek... sangat cute, manja dan cepat mesra...mcm dia. kerana terlalu asyik berbual sambil makan hingga x perasan jam dan cecah ke angka 11 mlm...dah jadi bini kenala jadi macam cinderella...so dia hanta aku balik dan satu yang berubah tentang die..bwk kereta mcm nak racing je..aku takut sebab dia bwk anak dia..nanti ada yg terpelanting bila die tekan brek..

so..aku balik dlm keadaan otak aku x berenti berfikir tentang topik rtangga yang kami bualkan. my marriage, her marriage...bila dah terlalu byk benda di fikir..otak jadi buntu dan kepala aku jadi pening..so..aku balik..anak2 aku dah tidor..aku buat apa yang patut..tgk tv kejab dan tidor..sangat penat berfikir.....kenapa aku sorang je berfikir..kenapa kaum lelaki x reti nak cuba untuk berfikir?..... perasaan x puas hati aku masih tetap ada....... tp sedikit sebanyak tension aku kurang sikit...thanks to her for opinions dan advices...i really appreciate it. until next time....

Saturday, March 7, 2009

My Little Angel - originally by laylaswak

My life has gone nowhere
Nobody's there to care
No future, No love
being abused by myself
Slaved by thousand words
dazed in never-land
No destiny, no direction
no one understand

You are my hero
put your shining magic sword
and spread your tiny wings
into my blank heart
to release my sorrow
lead me to right path
lead me to my home
make me a tough, brave...survivor

Your first cry woke me up
from nightmares in the night
your first laughter brougt
lights into my sweet dreams
your eyes promise me love
you promise me everything
you'll always be my darling
and be my little angel

You are my angel, my little angel
and spread you tiny wings
into my life...love...my angel....

BUAT ANAK KECILKU......-ORIGINALLY BY LAYLASWAK

Oh anak kecilku.....
Menangis lapar dalam kendongan
Adakah lagi hayatmu dapat diteruskan
Adakah lagi susu penyembuh kedahagaan
Adakah lagi nasi yang mampu disuapkan

Oh anak kecilku.....
Merintih sepi di medan peperangan
Melambai tangan meminta bantuan
Diragut nyawa ditangan "haiwan"
Manusia yang tiada peri kemanusian
Ketawa bangga melihat kemusnahan

Oh anak kecilku....
Di lorong gelap itu rumahmu
Melihat kosong ke sarang maksiat
Terconteng kertas yang putih pekat
Mengharung malam bersama syaitan
Apakah ada yang memberi pedoman
Untukmu kembali ke pangkal jalan

Oh anak kecilku....
Ketawa riang di dalam pesta
Yang penuh dengan riak dan riba
Darah jijik mengalir ke hati
Demi wang tergadai harga diri
Demi kuasa mata buta telinga tuli
Semuanya demi kepentingan diri

Oh anak kecilku....
Compang camping pakaianmu itu
hidup umpama ayam mencari rezeki
Kau mengais di waktu pagi
Kau mengais di waktu petang
Rezeki yang ada kau bawa pulang

Oh anak kecilku...
Kau hidup tanpa derita
Papamu bukan seorang tentera
Kau hidup bertemankan keluarga
Mamamu bukan pelacur di kaki lima
Kau hidup dengan apa yang halal
tanpa ragu dan tanpa kesal

Oh anak kecilku...
Kau harus bersyukur dengan hidupmu
di mana semuanya di depan mata
Rumah?air?makanan?...kau sebut saja
Semuanya datang dari Yang Esa
Kau bersyukur dengan pemberianNya
Dilahirkan dalam bumi yang merdeka......

Oh anak kecilku...
Sentiasa berpegang pada agama
Ingatlah Allah Taala
Ingatla Nabi Muhammad al Mustapha
Ingatlah pesanan mama
Ingatlah pesanan papa
Agar hidupmu berkat di dunia yang fana
Agar dapat merasa FirdausNya....

Monday, March 2, 2009

WHATEVER IN MIND...

dah lame jugak x berkongsi cerita dengan siapa2....itupun bukan ada banyak benda yang menarik yang rasanya dapat menarik perhatian org untuk membaca pun....zaman sekarang mcm2 cara nak meluahkan apa2 yang terbuku di dalam hati...ada msn, ada fb, ada blogspot, ada mcm2 lagilah....zaman remaja dulu x ade benda2 mcm2 ni...ada kebaikan dan ada keburukan nya jugak...semua benda di dalam dunia ni mesti ada yang baik dan ada yang buruk...begitu juga manusia mcm kita...nak memikirkan kebaikan..kadang2 ada jenis manusia yang menganggap dirinya terlalu banyak sangat kebaikan sehingga merendahkan org lain...dan ada jenis manusia yang menganggap dirinya terlalu banyak keburukan sehingga mengambil jalan singkat untuk menamatkan penderitaan.....
bercakap tentang manusia...terlalu banyak yang dapat kita perhatikan dari rupa, sikap, personaliti...sampai bila2 pun x habis..tapi yang pastinya..bila berak najisnya mesti jugak berbau...adake manusia dalam dunia ni najis nya x berbau??....kalau ada aku rasa mesti dah masok dlm world record .....dah kita ni hamba Allah yang pada asalnya cuma dari tanah...jadi aku x faham kenapa sesetengah orang anggap diri mereka terlalu hebat dibandingkan dengan orang lain sehingga mencaci dan memandang orang lain seperti sampah....x kemana jugak diaorang pergi di akhir hayat diaorg...ke dalam tanah jugak...dan kepada Nya jugak ....
Zaman muda aku terlalu banyak melihat berbagai2 jenis manusia ..mungkin x banyak tetapi cukup untuk aku belajar.belajar dari kesilapan, belajar dari kegemilangan, belajar dari segala apa yang ada di depan...sesetengah dijadikan iktibar untuk aku terus kuat, sesetengah untuk aku hindar dari melakukan perkara yang sama....dan sesetengah untuk aku simpan untuk dijadikan memori yang indah......
bila melihat gelagat manusia sekarang...sebagai ibu, aku kadang2 merasa takut bila mengenangkan bagaimanakah anak2ku menghadapi dunia yang penuh dengan berbagai2 benda yang tidak elok......mungkin pengalamanku aku boleh jadikan guideline dlm mendidik mereka....untuk mengetahui pendekatan yang paling baik untuk aku elakkan diri mereka dari melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan negatif pada diri mereka...tapi yang paling utamanya aku tahu...didikan agamalah dari mereka kecik sekarang inila perlu disematkan di dalam dada mereka...kerana dengan pengetahuan itu mereka dapat jadikan agama Allah ini untuk jadi petunjuk mereka dlm melakukan apa2pun dlm kehidupan mereka.....aku akan cuba...mungkin sesetengah ibubapa tidak pernah terfikir untuk menyematkan didikan agama islam (yang beragama islam) dlm anak2 mereka...tapi berlagak seolah-olah mereka terlalu baik untuk tidak punya dosa.....di mana pada hakikatnya anak2 mereka itu lagi terok dari anak2 yang mereka keji dan caci.....mata mereka tidak dapat melihat itu....kerana riak terlalu tebal di dalam hati....janganla aku tergolong dlm golongan seperti ini yang hanya melihat keburukan pada orang lain tetapi tidak menyedari keburukan itu ada pada diriku sendiri....dan aku tidak mahu tergolong dalam golongan yang menyalahkan pihak lain dimana kesilapan itu juga adalah berpunca dari diriku sendiri tetapi tidak menyedari dan terus hidup di dalam keadaan seolah-olah aku tidak pernah ada keburukan dan kesilapan itu....betapa ego dan betapa bodohnya manusia2 seperti ini....
Mudahan Allah memberiku kekuatan untuk menanggung tanggungjawap sebagai hambaNya di mana aku seorang isteri, aku seorang ibu, aku seorang anak dan menantu, aku seorang kakak, aku seorang adik dan aku seorang saudara dan teman .......amin